Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Johor 15 Disember 2016

Kerja Kosong LPJ – Pernah berhasrat untuk bekerja di Pelabuhan? Jika iya ada tawaran menarik untuk anda. Di Johor tepatnya Lembaga Pelabuhan Johor sedang mencari pekerja yang bersemangat, tentunya calon pekerja warganegara Malaysia. LPJ atau Lembaga Pelabuhan Johor sedang memerlukan anda untuk mengisi kekosongan jawatan pada bahagian:

1. Pegawai Tadbir N41

 

Syarat Lantikan

Kerja Kosong Lembaga Pelabuhan Johor Terkini

kerja kosong lembaga pelabuhan johor terkini

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • warganegara Malaysia ;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
    (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
  • dengannya;
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00); atau
  • (ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan
    daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43);

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil  Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan;
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N41 boleh ditetapkan oleh Lembaga Pengarah berkenaan berasaskan kepada pengalaman
kerja berkaitan.

 

 

TEMPOH PERCUBAAN
5. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

 
KEUTAMAAN
6. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai:
a) pengalaman / kelayakan bidang Pengurusan Logistik dan Pengangkutan dalam industri pelabuhan;
b) boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan fasih; dan
c) aktif dan cergas dalam sukan.

 
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Pelabuhan Johor (http:www.lpj.gov.my) dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
JALAN MAWAR MERAH 2,
PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG 2
81707 PASIR GUDANG

Semua permohonan hendaklah lengkap dengan Salinan Sijil, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang disahkan

Tarikh Tutup Permohonan

Ayo cepat daftarkan diri anda sebelum 15 Disember 2016. Baca dengan baik-baik iklan ini dan semoga anda dapat diterima.
* Calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga

Iklan jawatan kerja kosong:

    kerja part time untuk umur 14 tahun sandakan, borang permohonan guru kafa negeri kedah, gaji pemandu lori tiong nam, permohonan polis bantuan airport, jawatan kosong polis bantuan pelabuhan kuantan

Source Tags: .

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Johor 15 Disember 2016 | Info Jawatan | 4.5